28 Ogos 2009

Secebis cerita puasa ke 7

Salam..

Selamat Berpuasa masuk hari yang ke hari 7 hari ini. mcamana puasa? masih belum dapat menyesuaikan diri dengan puasa? (Puiiiii!!!) Umur berapa? 18 tahun? belum dapat menyesuaikan diri.. dengan puasa? (Puiiii!!! belum sesuai konon.. bila dapat menyesuaikan diri?).. belajar berpuasa... itu Tuhan suruh.. bukan ibu dan bapa yang suruh... diaorang hanya ingatkan perintah tersebut kepada anak2nya..

nak citer pasal puasa ni.. dalam kitab imam al-ghazali ada membahagikan kategori org2 yang berpuasa..

a) ada puasa umum - hanya berlapar sahaja
b) ada puasa khusus - kerana ramadhan sahaja
c) ada puasa khususil khusus - kerana Allah


Aishah Selepas Bersahur hari yang ke 7

mana satu puasa kita..? aper..? yang pertama? alhamdulillah.. masih ada kategori lagi tu.. jangan macam yang ke empat.. mana yang keempat..? tak ader...? itulah kategori org2 yang tidak takut dengan hukuman org yang berpuasa.. memang betul-betul BERANILAH?.. ada berani?

Itulah yang saya katakan, kita puasa tahap satu dulu.. umur berapa ? apa? 50? puasa tahap? apa ? tahap satu?.. asyik satu jer..? dari kecil sampai sekarang tahap satu.. itulah yang saya maksudkan belajar berpuasa..


Aisyah dan Ali Sempat Posing selepas Bersahur hari yang ke 7

kita tidak mahu bersungguh2 belajar berpuasa.. mula2 kita puasa tahan lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa. pastu cuba belajar ke tahap yang kedua.. cuba belajar bahawa Allah suka melihat orang2 yang sentiasa menginggatnya samada duduk, baring, berjalan, sesama ramai2, dan semasa sendiri2.. dalam bulan ramdhan ni dulu.. pastu, lepas ramadhan, kau jadi syaitan balik (kalau kau tidak sayang amal mu dalam bulan ramadhanlah).

pastu sudah biasa dengan tahap kedua... akan secara sendirinya.. ke tahap yang ketiga .. tahap ke tiga inilah, yang kita selalu baca di dalam sembahyang kita (sembahyang oiii!! sembahyang!! kau jgn tinggalkan sembahyang!!) selepas mengangkat takbir.. satu do'a yang biasa di mulut tetapi berapa ramai yang tahu terjemahannya? yang dikenali sebagai doa iftitah.. di situ kan ada kita minta yang maksudnya ' sesungguhnya, solatku, hidupku, matiku hanya kepada Mu sahaja ya Allah". ha! ini tahap terakhir kehidupan kita di dunia ni.. mencari apa yang dikenali sebagai hamba Allah. siapa yang 'declare' kita sebagai hamba Allah? Allah sahaja! Allah sahaja! Allah semata2!. Apa natijahnya kepada kita, secara peribadi hanya kita sahaja yang mengetahui dan hampir peribadi sendiri tidak mengetahui perubahan sahsiah dirinya. tapi orang lain akan dapat melihatnya.


Ali Lepas Bersahur Hari Yang ke-7 (puasa sekerat)

ibarat orang yang lulus dari puasanya, yang dikatakan oleh Allah "...supaya kamu menjadi orang bertaqwa (Mutaqqin)" samalah seperti orang yang kembali dari menunaikan Haji yang dikenali sebagai Haji Mabrur!.. cumanya dalam puasa, orang2 yang bertaqwa ini di panggil orang2 yang telah 'Fitrah'. bolehlah diistilahkan sebagai 'reborn' lain dari rebonding...

di dalam ramadhan, satu intipati untuk mencapai keredhaan Allah untuk bekalan bila bertemu kepada Allah ialah "JANGAN LEKA". Kelekaan atau kelalaian ada di cerita di dalam alquran sampai Allah bagi warning! "... dan orang2 yang LALAI dalam sembahyangnya". Sembahyang adalah wakil dari perbuatan kebaikan yang ingin kita lakukan agar kita tidak lalai dengannya.

ada yang beramal sedikit, tetapi berterusan membentuk ikhlas. ada yang beramal ikhlas di khalayak ramai.. tapi tidak pada sisi Allah.. apa yang berlaku dengan amalan itu?


Standby Nak Tidur balik Selepas Bersahur

Untuk mencapai tahap kedua dan ketiga, bagaimana anak2 yang kita ajar berpuasa dengan memberikannya satu hadiah bila dapat menghabiskan satu hari, atau mungkin satu bulan puasa ramadhan? adakah itu akan membentuk sahsiah atau hanya perubahan fizikal dari tidak berpuasa ke berpuasa sahaja sampai besarnya? adakah mungkin sampai ke tahap ketiga itu..?

Akhiey

11 Ogos 2009

Metafizik

Salam kepada semua.. saya terdetik hati nak bercerita pasal metafizik.. ramai yang pernah mendengar.. tapi berapa ramai yang 'alert' dengan METAFIZIK ini..? ahli falsafah islam cuba mencari 'lompang' di antara dua falsafah ini..


Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud "selepas") dan φυσικά (physiká) (bermaksud "yang mengenai alam"), "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:

Apakah sifat realiti?
Di manakah tempat manusia di dunia?
Adakah warna objektif atau subjektif?
Adakah dunia wujud di luar minda?
Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

pada saya, adalah menjadi kewajipan KITA yang mempunyai akal untuk terus meneliti kejadian2 yang tidak sia2 ini. satu kajian dari mohd zaidi abdullah dan tulisannya seperti di bawah ini.

Steven Weinberg, penerima Hadiah Nobel Fizik 1979 dalam The Best American Science Writing 2000 (Penulisan sains terbaik Amerika) menggalakkan dialog antara agama dan sains manakala Freeman Dyson dalam The Best American Science Writing 2001 cuba menyeiringkan perkembangan sains dengan agama.
Perkembangan inilah yang semakin menjadi arus perdana dalam dunia ilmiah di Barat. Kecenderungan ini semakin bersemarak apabila perbicaraan tentang kepintaran rekaan (AI) merangkumi linguistik, sains dan teknologi dan falsafah.

Mereka terpaksa mengkaji pelbagai falsafah untuk merealitikan impian mereka. Ini dapat dilihat pada sesetengah buku yang membuka minda ke arah itu seperti Mind At Speed Light oleh Daniel D. Nolte, mereka berbicara tentang kuantum komputer yang berasaskan cahaya.

Pelbagai kecenderungan tersebut di samping tragedi 11 September turut mengubah pelbagai tanggapan dan rancangan oleh setiap negara bangsa.

Untuk menghadapi realiti ini, umat Islam seharusnya memperteguhkan kefahaman pelbagai ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada membuat kesimpulan umum. Sebenarnya, dalam seratus tahun terakhir ini, ramai cendekiawan Islam hanya suka dan mampu membuat kesimpulan secara umum dan kurang berminat secara teliti satu persatu, yang mana tepat dan yang mana salah termasuklah tokoh terkini iaitu Dr. Fazlur Rahman, Dr. Yusof al-Qaradawi.

Berkenaan ini Syaikh Muhammad Naquib al-Attas semasa seminar antarabangsa tentang Imam Ghazali mengkritik sikap sedemikian rupa.

Di Malaysia, kita kurang berbicara tentang kuantum komputer, berapa keratkah artikel dan buku di Malaysia yang membicarakannya. Inilah menunjukkan kelemahan kecekapan dalam dunia ilmiah Malaysia.

Dalam majalah Astronomy (Januari 2002) dibicarakan sedutan buku The Story of Light oleh Ben Bova.

Demi kemajuan pemikiran, para pembaca perlu cuba mengkaji buku tersebut dengan apa yang ditulis oleh Imam Ghazali dalam Misykat al-Anwar (Relung Cahaya-Cahaya). Imam Ghazali sudah tentu dipengaruhi paradigma firman Allah:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah Allah umpama sebagai sebuah misykat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya (iaitu) pokoh zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda); cahaya berlapis cahaya.

Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut sunnatullah) kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dengan ini, Imam Ghazali menjadikan alam metafizik mempengaruhi alam fizikal. Nur haqiqi ialah Allah kerana salah satu namanya ialah al-Nur manakala kesemua cahaya lain adalah pinjaman belaka.

Dalam seni bina pun yang berasaskan cahaya turut dibicarakannya sekalipun dalam nada yang berbeza.

Kita tidak wajar menyatakan semua yang lama itu kuno atau sebagainya kerana di Barat kini mereka cuba mengkaji semula kerana keinginan untuk mencari penemuan terbaru.

Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh kakitangan Khazanah Fathaniyah tentang minat Kedutaan Amerika untuk membeli karya-karya Tuan Guru Wan Mohd Shaghir. Inilah buktinya.

Dalam penelitian saya, pihak Center For Middle Eastern Studies di Universiti Havard sendiri telah menerbitkan sebuah monograf berjudul The Science of Mystic Lights: Qutb al-din al-Shirazi and the Illuminationist Tradition in Islamic Philosophy oleh John Walbridge. Setakat ini, kajian tentang falsafah Isyraqi atau illumination telah ditulis oleh Prof. Dr. Osman Bakar menerusi kajian Ph.Dnya.

Dalam penyelidikan saya, mazhab falsafah ini amat tidak disukai oleh salafiah Wahabiah.

Kalau diteliti apa yang telah dikemukakan memperlihatkan kecenderungan ilmu sains Amerika.

Oleh itu, kita beralih pula untuk mengesan kecenderungan sains Eropah. Eropah merupakan tamadun yang lebih tua berbanding Amerika.

Eropah terlibat dengan `zaman gelap' yang kemudiannya disedarkan oleh tamadun Islam terutama setelah Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Kostantinopel (Istanbul).

Mereka bangun dan tidak terlepas daripada mengkaji bahan ilmiah Islam. Bukti ini boleh dijumpai dalam al-A'lam oleh al-Zirikli (8 jilid - biografi tokoh Muslim dan orientalis). Sebenarnya ramai juga ahli sains yang memperoleh anugerah Nobel berasal dari Eropah.

Hadiah Nobel 2001 dikongsi bersama saintis dari Amerika dan Jerman. Dunia sains Barat kini masih dilanda `demam kuantum' yang semakin menjalar ke dunia perkomputeran.

Di Malaysia, terdapat tokoh yang berminat dengan pengislaman sains kuantum ialah Prof. Madya Dr. Shahidan Radiman (Ketua Program Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Pengalaman ilmiah dunia Eropah daripada tamadun Islam silam perlu diambil perhatian juga. Ini kerana peningkatan mereka sudah tentu daripada proses belajar. Dalam sebuah buku berjudul Towards The Edge of the Universe: A Review of Modern Cosmology oleh Stuart Clark, terbitan Springer dengan Praxis, 1999, memaklumkan bahawa The European Space Agency bercadang melancarkan Planck Surveyor yang dikombinasikan dengan Far Infrared and Submillimetre Telescope (FIRST) pada tahun 2007.

FIRST berada di sebelah atas manakala Planck Surveyor berada di sebelah bawah. Planck Surveyor sudah tentu diilhamkan oleh falsafah kuantum. Ini bermakna era Kuantum Kosmologi ialah `perkahwinan' antara teori kuantum dan kerelatifan am Einstein. Ini semua hasil daripada anjakan paradigma dalam ilmu sains.

Risikonya apabila kita tidak menghiraukannya maka akan ketinggalan dan setiap ketika kita menjadi pengguna bukan pencipta. Demi untuk kemajuan ekonomi yang stabil dan mantap perlunya kita menjadi pembuat kerana tragedi 11 September telah membuktikannya.

Secara tidak langsung, penjajahan ekonomi tetap berlaku. Ini sepatutnya kita elakkan. Jangan asyik mempelajari aspek penggunaan sepertimana yang dirakuskan oleh arus ICT kini tanpa memperdulikan ilmu sains lain termasuk ilmu falsafah. Ini kerana Nolte meramalkan dekad kuantum lebih kurang 2050-an ke atas. Namun begitu, masih ada tokoh sains komputer yang mengambil berat tentang keperluan falsafah seperti Prof. Dr. Hairudin Harun (UM).

Sebenarnya apabila kita mula mengorak langkah membicarakan tentang cahaya sudah tentu tidak akan lari daripada bicaraan berunsurkan falsafah.

Tetapi, menerusi perbincangan saya dengan beberapa orang profesor, mereka menyatakan bahawa majoriti para pelajar di Malaysia malas untuk mengkaji falsafah dan belajar hanya untuk lulus peperiksaan. Inilah sikap yang membahayakan dunia ilmu akan datang. Para pelajar cepat mengalah dengan tuntutan hidup sahaja.

Inilah sebenarnya kelemahan sikap para pelajar tidak berani menempuh dugaan.

Sedangkan para saintis yang tersohor dunia sanggup menghadapi cemuhan dan tekanan.

Ada juga pelajar yang baik semasa belajar tetapi tidak mengkaji hingga pencapaian tahap tertinggi apatah lagi untuk menyumbangkan ilmu kepada masyarakat dan sebenarnya mereka ini mengalah dengan tuntutan bekerja.

Mohd Zaidi Abdullah (Seorang Penyelidik)

mudah2 apa yang dituliskan dapat dimanfaatkan. ingat! Iqra! Iqra! Iqra!.. salam
Akhiey

06 Ogos 2009

Sejarah muzik rock di Malaysia

Salam. artikel ini saya petik dari wikipedia yang menceritakan tentang ROCK! ada minat? tak minat? baru nak minat? nak muntah? pegilah muntah...

Pengenalan

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Album hasil Battle Of The Band 1.


Album hasil Battle Of The Band 2.Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.

Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).

Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.


Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.

Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.

Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.

Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.

Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com

Daftar Gagasan Rock Malaysia
Juara Rock (1983)
Juara Rock (1984)
Festival Rock (1984)
Battle Of The Bands 1 (1986)
Clash Of The Bands 1 (1986)
War Rock 1 (1986)
Battle Of The Bands 2 (1987)
Clash Of The Bands 2 (1987)
War Rock 2 (1987)
War Rock 3 (1988)
Hikayat Rok 88 (1988)
Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
Pancakara Di Cakerawala (1988)
Batu-Batu Perjuangan (1988)
Clash Of The Bands 3 (1988)
Rock Galactica 88 (1988)
Pesta Hiburan Kingsway ????

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_muzik_rock_di_Malaysia"

Akhiey

01 Ogos 2009

Penyembuhan H1N1 Kaedah Islam


salam kepada semua pembaca. apa yang akan saya sediakan di sini diharap dapat membantu diri kita masing-masing. apa yang penting sekali ialah.. amal.. amal.. dan amal... insyaAllah

dipetik dari perguruan pondok.

Amalan ini diterima dari salah seorang guru di Pulau Pinang Tok Su Li (Masih hidup tetapi sudah uzur sekarang). Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya.

Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

************************************************************************************

Amalannya:

Yasin : 58



58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

-Daun pokok Ketapang 7helai

- Daun Daun pokok Ara 7helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : 4 sebanyak 7 kali setiap satu.



4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.



255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

c) Yasin : 58 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas) Al Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

************************************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.

*************************************************************************************
Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin:58 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya. Amin Ya Robbal A'lamin.
*************************************************************************************
Para pembaca yang dikasihi,

Inilah serba sedikit dari diri yang lemah dan jahil ini sebagai perkongsian dalam kita menghadapi masalah mutaakhir ini.

Semoga kita mendapat manfaat dari ALLAH atas segala amalan yang ikhlas menuju ke hadratNYA.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai menunjukkan saya adalah hamba yang tidak berdaya serta jahil tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.

---------------------
Sebagai Tambahan di bawah ini adalah do'a elak penyakit berjangkkit



Wassalam.


Akhiey