13 November 2008

Setelah Sekian Lama

Salam. Setelah sekian lama tidak menaip, aku dah jadi blank nak taip mender. tapi aku ingat aku nak tulis pasal cerita kerjayaku sebagai juruhebah dan cerita2 harianku jika perlu. Ya Allah! berikanlah hambaMu ini fokus terhadap apa yang hendak dibuatnya. Bantulah dia Ya Allah! dan merealisasikan apa yang diimpikan baik dari segi tugasnya di dunia buat bekalan bila bertemu Mu nanti Ya Allah!. Amin

K. Gua, sempena malam jumaat ni gua nak citer pasal 'berfikir'. kita diajarkan 'berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat tidak khusyuk selama setahun'. kadang2 orang berintepretasi tentang berfikir itu hanya ahli falsafah sahaja. sedangkan ahli falsafah itu bukan mendapat kata2nya yang hikmah dengan menurut nafsunya, tetapi natijah dari jatuh, perit, pahit, manis kehidupan yang akhirnya menyimpulkan dalam satu kata2 yang bermakna. walaupun ringkas, tapi maknanya sungguh mendalam.

jangan malas berfikir. dengan berfikirlah, baru lah kita tahu bahawa dengan bekerja kita mendapat hasil. fikir itu satu gambaran awal apa yang akan berlaku jika dipatuhi rancangan yang telah disusun dengan bersungguh2. Gagal untuk berfikir mengagalkan perjalanan hidup kita di dunia sebagai khalifah. ingat! menentang Allah kepada maklukNya yang bernama malaikat sewaktu ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di dunia ini. Kalau Allah sudah mempertahankan keberadaan kita di muka bumi ini, KENAPA TIDAK kita melaksanakan apa yang telah diamanahkan ?

begitu juga dengan ayat2 Allah di dalam al-quran banyak menyentuh tentang perkataan 'berfikir'... tanyalah dengan ustaz2 dan ustazah2... atau boleh rujuk pada kamus alquran dan cari perkataan 'fikir'.. 

jadi berfikirlah. walaupun berfikir itu memenatkan, tapi itulah salah satu tugas utama kita sebelum kita melakukan sebarang perkara. berfikir itu mulia, kerana itu sahaja bezanya kita dengan makhluk Allah yang lain. Dan FIKIR itu juga yang mengangkat MULIA di sisi kejadian Allah yang lain. Adakah kita tidak berfikir lagi..?!

0 komen: