Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

07 September 2009

Test2 IQ


Salam Ramadhan.. pagi2 yang hujan ni.. rasa sejuk memanjang, semua nak buat kerja macam malas (macam je) jadi test2 ckit IQ. hasilnya seperti di bawah...

Free IQ Test
Free-IQTest.net - Free IQ Test

first time test ni.. aku tak nak mengalah.. sebab 6 soalan aku tembak. Aku tak puast hati...!! tak puas hati!!!...

kalau anda berminat anda pun boleh test2 IQ. jadi testlah...

Akhiey

06 Ogos 2009

Sejarah muzik rock di Malaysia

Salam. artikel ini saya petik dari wikipedia yang menceritakan tentang ROCK! ada minat? tak minat? baru nak minat? nak muntah? pegilah muntah...

Pengenalan

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Album hasil Battle Of The Band 1.


Album hasil Battle Of The Band 2.Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.

Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).

Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.


Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.

Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.

Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.

Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.

Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com

Daftar Gagasan Rock Malaysia
Juara Rock (1983)
Juara Rock (1984)
Festival Rock (1984)
Battle Of The Bands 1 (1986)
Clash Of The Bands 1 (1986)
War Rock 1 (1986)
Battle Of The Bands 2 (1987)
Clash Of The Bands 2 (1987)
War Rock 2 (1987)
War Rock 3 (1988)
Hikayat Rok 88 (1988)
Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
Pancakara Di Cakerawala (1988)
Batu-Batu Perjuangan (1988)
Clash Of The Bands 3 (1988)
Rock Galactica 88 (1988)
Pesta Hiburan Kingsway ????

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_muzik_rock_di_Malaysia"

Akhiey

03 Mei 2009

salam rock

salam rock! bagi yang meminati rock lah! lama tak upadate 'ini barang'.

tapi bagi yang meminati irama2 rock 80an dan sekarang.. gua ada port best untuk dilawat samada nak baca atau nak dengar lagu rock.. ada beberapa link ... yang boleh dijadikan panduan arah ROCK anda... silakan..

1) dengar2 lagu rock yang dikumpulkan oleh mastercomp di http://melayump3.imeem.com/ ni kira port aku jgklah... kalau sekadar nak baca jer.. gua kasi http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_muzik_rock_di_Malaysia laman web.

2) lagi nak dengar2 dan baca2 ckit citer dan lagu rock lain2 arah boleh jenguk di beberapa link bawah kolong ni... (just click and see)

Melayump3 & Rock Kapak (Multiply)
[Era Rock Online] (Portal)
Era Rock Retro (backup)
Channels Era Rock (Veoh)
Channels Melayukita (Veoh)
Era Rock (Imeem)
Bloodshed Official Website
MasterX07 Vclip (Youtube)


happy surf. INGAT! rock hanya rentak! yang rosak adalah manusia, bukan sebarang irama. ada faham..? tak faham..? takperlah.. soalan tak masuk exam...

salamzssss..