Memaparkan catatan dengan label Keluargaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluargaku. Papar semua catatan

16 September 2009

28 Ogos 2009

Secebis cerita puasa ke 7

Salam..

Selamat Berpuasa masuk hari yang ke hari 7 hari ini. mcamana puasa? masih belum dapat menyesuaikan diri dengan puasa? (Puiiiii!!!) Umur berapa? 18 tahun? belum dapat menyesuaikan diri.. dengan puasa? (Puiiii!!! belum sesuai konon.. bila dapat menyesuaikan diri?).. belajar berpuasa... itu Tuhan suruh.. bukan ibu dan bapa yang suruh... diaorang hanya ingatkan perintah tersebut kepada anak2nya..

nak citer pasal puasa ni.. dalam kitab imam al-ghazali ada membahagikan kategori org2 yang berpuasa..

a) ada puasa umum - hanya berlapar sahaja
b) ada puasa khusus - kerana ramadhan sahaja
c) ada puasa khususil khusus - kerana Allah


Aishah Selepas Bersahur hari yang ke 7

mana satu puasa kita..? aper..? yang pertama? alhamdulillah.. masih ada kategori lagi tu.. jangan macam yang ke empat.. mana yang keempat..? tak ader...? itulah kategori org2 yang tidak takut dengan hukuman org yang berpuasa.. memang betul-betul BERANILAH?.. ada berani?

Itulah yang saya katakan, kita puasa tahap satu dulu.. umur berapa ? apa? 50? puasa tahap? apa ? tahap satu?.. asyik satu jer..? dari kecil sampai sekarang tahap satu.. itulah yang saya maksudkan belajar berpuasa..


Aisyah dan Ali Sempat Posing selepas Bersahur hari yang ke 7

kita tidak mahu bersungguh2 belajar berpuasa.. mula2 kita puasa tahan lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa. pastu cuba belajar ke tahap yang kedua.. cuba belajar bahawa Allah suka melihat orang2 yang sentiasa menginggatnya samada duduk, baring, berjalan, sesama ramai2, dan semasa sendiri2.. dalam bulan ramdhan ni dulu.. pastu, lepas ramadhan, kau jadi syaitan balik (kalau kau tidak sayang amal mu dalam bulan ramadhanlah).

pastu sudah biasa dengan tahap kedua... akan secara sendirinya.. ke tahap yang ketiga .. tahap ke tiga inilah, yang kita selalu baca di dalam sembahyang kita (sembahyang oiii!! sembahyang!! kau jgn tinggalkan sembahyang!!) selepas mengangkat takbir.. satu do'a yang biasa di mulut tetapi berapa ramai yang tahu terjemahannya? yang dikenali sebagai doa iftitah.. di situ kan ada kita minta yang maksudnya ' sesungguhnya, solatku, hidupku, matiku hanya kepada Mu sahaja ya Allah". ha! ini tahap terakhir kehidupan kita di dunia ni.. mencari apa yang dikenali sebagai hamba Allah. siapa yang 'declare' kita sebagai hamba Allah? Allah sahaja! Allah sahaja! Allah semata2!. Apa natijahnya kepada kita, secara peribadi hanya kita sahaja yang mengetahui dan hampir peribadi sendiri tidak mengetahui perubahan sahsiah dirinya. tapi orang lain akan dapat melihatnya.


Ali Lepas Bersahur Hari Yang ke-7 (puasa sekerat)

ibarat orang yang lulus dari puasanya, yang dikatakan oleh Allah "...supaya kamu menjadi orang bertaqwa (Mutaqqin)" samalah seperti orang yang kembali dari menunaikan Haji yang dikenali sebagai Haji Mabrur!.. cumanya dalam puasa, orang2 yang bertaqwa ini di panggil orang2 yang telah 'Fitrah'. bolehlah diistilahkan sebagai 'reborn' lain dari rebonding...

di dalam ramadhan, satu intipati untuk mencapai keredhaan Allah untuk bekalan bila bertemu kepada Allah ialah "JANGAN LEKA". Kelekaan atau kelalaian ada di cerita di dalam alquran sampai Allah bagi warning! "... dan orang2 yang LALAI dalam sembahyangnya". Sembahyang adalah wakil dari perbuatan kebaikan yang ingin kita lakukan agar kita tidak lalai dengannya.

ada yang beramal sedikit, tetapi berterusan membentuk ikhlas. ada yang beramal ikhlas di khalayak ramai.. tapi tidak pada sisi Allah.. apa yang berlaku dengan amalan itu?


Standby Nak Tidur balik Selepas Bersahur

Untuk mencapai tahap kedua dan ketiga, bagaimana anak2 yang kita ajar berpuasa dengan memberikannya satu hadiah bila dapat menghabiskan satu hari, atau mungkin satu bulan puasa ramadhan? adakah itu akan membentuk sahsiah atau hanya perubahan fizikal dari tidak berpuasa ke berpuasa sahaja sampai besarnya? adakah mungkin sampai ke tahap ketiga itu..?

Akhiey

17 Disember 2008

17 Disember 2008 / 19 Zuhijjah 1428H

salam... kangenddddd....band... untuk semua...

baru dapat update blog... ni.. setelah sekian lama menghilangkan mood.. masa outstation di sandakan (11hb lalu) walaupun ada kemudahan wireless... wire dah ok.. tapi bila nak update selalu less... aper ker barang..?!

baru2 ni saya bercuti di sandakan (Tgk kawan kawin) pada 11hb lalu.. jadi sekali lagi nak ucapkan tahniah kepada kedua mempelai Fauzi dan Rafidah (Fifi). Kedua2 mereka selamat diijabkabulkan di rumah perempuan pada 12.30tghari, 11hb yang lalu dengan sekali lafaz (walaupn aku tak sempat dia lafaz ijab, tapi aku smpat tanya dia masa bersalam dengan pihak lelaki...).. biaserlah.. akhir2 tahun ni.. ramailah yang nak kawin... dan berkhatan.. muahahahaha...

sepanjang di sandakan aku dpt berkenalan rapat ngan keluarga angkat di sana Abang Hamzah dan Kak Salmiah.. juga anak2nya tersayang serta cucu2nya yang tercinta. antara sempat aku berkenalan aisyah (sulong) anaknya, umar dan emmmm.. saper tu...? dah luperlah plak... pastu, ngan yang satu tu.. malu2 kucing.. tak tahu nama dier.. pastu ngan zulaikha yang minat nak buat blog tapi tak tahu nak buat mender..?! pastu ngan Fadzil, salah seorang jejaka di dalam keluarga dan yang akhir kepada syuhadah (anak angkat ni.. aku jer yang angkat..)..


Gambar masa di sapilok tgk makhluk Tuhan Paling Seksi .. "Orang Utan".. (dari kiri: Mylove Hjh Mariam, Adinda Zulaikha, anakanda aisyah, anakanda syuhada, anakanda Ali, Memangku: Adinda Aisyah, Dipangku: Anakanda Umar yang manja, yang berdiri: anakanda yang saya lupa namanya)

seram jugak masa tu... tgk live orang utan... aku bagi ucap salam, dia tak jawab salam, aku bagi salam.. dia bagi salam jugak... uuuhhhhh dia nak kawan.. tu...

kami menginap di hotel Tyngs Garden berhadapan dengan GIANT (no. 222). pengembaraan ke sandakan tidak lah terlalu byk tmpat dilawati.. cuma melawati kawan, yang kawin.

pastu perjalanan ke rumah angkat di semporna. di sana kami lawat seorang nenek yang sudah berumur 100+ tahun umurnya.. masih kuat.. cuma mata tak berapa nampak, dan pergerakannya adalah mengesot.. istimewa dengan nenek ini ialah dia adalah seorang hafizah al-quran.. wajah bercahaya.. kuat suaranya.... nenek ni.. kurang bercakap yang sia2... tapi sekali bercakap... mak ai! terkejut satu kampung.. jangan main2...

nenek ni.. kalau ada org mengaji di sebelahnya dia suka.. kalau salah dia betulkan.. Allahu karim... kita yassin baca dah bertahun2 tapi hafalnya entah aper entah... saper suruh byk sgt hafal lagu2... sekarang amek engko..!

perjalanan pulang pada 15hb, dan selamat sampai di tawau pada pukul 5ptg.. alhamdulillah... short journey with long experince (satu jalan yang pendek dengan seribu pengalaman)...

antara pengalaman kehidupan bercuti:-

1) bahawa kita perlu tahu ada org yang memerlukan kita untuk dinasihati
2) bahawa ada juga yang memerlukan do'a anda
3) bahawa berpendidikan tinggi belum pasti tahu segala2nya...
4) bahawa ilmu akhirat mesti di dahulukan sebelum menerjah ke ilmu alam dunia...

dah habis.. lah.. nak citer pjg lagi ni.. tapi tgh2 duty.... mana2 yang sempat jer ni...

k.. salam hormat, salam kasih sayang, ...

jaga diri, jaga peribadi, jaga solat.. jaga solat.. jaga solat....

salamzzssssssss.....