28 November 2008

28 November 2008 / 30 Zulkaedah 1429H

salam.. kasih sayang...

awal hari ni pegi duty di tawau fm. mcam biasa lah setiap hari jumaat untuk bulan ni, memang kena turun pagi. cerita semalam yang boleh aku jadikan tauladan untuk hari ini ialah berkisar tentang mahasabah diri.. terutama dalam kita menjalani kehidupan kita di muka bumi yang penuh dengan fatamorgana di bumi yang penuh dengan penipuan yang tersembunyi dan juga yang jali (nyata)...

dalam kehidupan di dunia ini perlu kita ingat bahawa kita ada dua silaturrahim yang perlu kita jaga; dengan allah (hablum minallah); dengan manusia (hablum minannas).

untuk menjadi yang terbaik dalam kerjaya yang diceburi ialah bukan cara kita kerja pada pekerjaan kita itu?! tetapi pada hubungan kita pada kerja tersebut... kadang2 kita terfikir.. bila sahaja sesuatu yang tidak berbaloi berlaku tentang kerja kita, contohnya jika kita sudah berkhidmat dalam sesuatu tempat kerja, tetapi tidak dinaik2kan juga pangkat. sedangkan orang yang baru kerja, sonang2 jo dapat kojo yang kito koja tu..?!

dalam hal ini, terbuka minda ini untuk mahasabah diri.. sebenarnya ada sebab kenapa itu berlaku... kita terus melihat pada 2 hubungan kita tadi... pertamanya dengan Allah... Keduanya pada sesama manusia... bila ada kesalahan kepada Allah, memohonlah Ampun kepadaNya dan tinggalkan apa yang dilarangNya (itu jer syarat diterima oleh Allah) tetapi manusia ni yang paling susah. bgmana hubungan kita kepada kawan2 sekerja... ? mungkin kita pernah berbuat silap pada mereka; jgn fikir mereka islam kah, tidakkah.. yang penting sekarang ialah manusia. sudahkan kita lupa akan pesanan yang biasa kita dengar, antara saat do'a diangkat ialah bila orang tersebut disakiti.. adakah dinyatakan untuk orang islam sahaja? Takder My Prend...

itu pasallah kita semasa tidur antara pesanan nabi muhammad s.a.w kepada aisyah sebelum tidur antaranya yang terselit (ada 4 pesanan nabi) ialah maafkan lah semua manusia. moga2 yang berada di bumi dan di langit memohonkan do'a kemaafan untuk diri kita juga.. maka itu biasakanlah memaafkan orang lain dan belajar untuk meminta maaf..

jangan tinggi diri kalau bersama2 dengan kawan2.. nanti bukan mereka menghargainya malah mengutuknya.. selalulah minta do'akan kepada kawan2 yang lain untuk kebahagian kita sebagaimana kita juga sentiasa memohon kebaikan daripada Allah untuk sahabat2 kita ini.. bila kita ikhlas kepada mereka, mereka tentu akan berbuat sedemikian.

ada masa bila kita bergaul dengan mereka, diam itu adlah jalan terbaik, dan kadang2 bercakap itu sesuatu yang baik. yang penting lihat situasi dan kondisinya...

ingat pesan nabi, bila ada 3 orang berdoa kita tidak baik pastinya ianya akan diangkat, dan bila 3 orang mendo'akan kita yang baik2, pasti doa itu diangkat... apa yang penting walaupun sesuatu yang kita katakan itu sesuatu yang benar, perlu ada kebijaksanaan dalam menyampaikannya.. apalah gunanya makanan sesedap mananapun, dalam keadaan lapar lagi, tapi kalau dihidangkan dalam keadaan yang tidak baik... (kasar) emmh! hilang rasa lapar.. percayalah...

oklah.. pjg umur kita jmpa lagi.. nak standby duty ni..
salam harorey! byak2 minta didoakan oleh orang lain, jaga diri, jaga peribadi dan jaga solat, jaga solat, jaga solat... Assalamualaikum....

ROCK!

0 komen: