05 Disember 2008

Kebaikan Pada Diri (05 Disember 2008 / 07 Zulhijjah 1429H)

salam kepada semua pengunjung2 yang ku kasihi...

baru balik dari kenduri kawin. kira lama jugak aku tak update blog ni eh... nampaknya atas izin Allah s.w.t mengizinkan aku untuk mengupdate blog ini buat kesekian kalinya..

apa kaitan dan 'aper ker hey nyer..?' kebaikan pada diri.. tetiber jer..
aku rasa terpanggillah untuk menjawab persoalan 'kebaikan pada diri' ni.. masa aku tengah gosok baju nak pegi pengantin... masa tu dj sugiman bertugas.. yang sempat menyebut perkataan 'kebaikan pada diri' melalui percakapannya ".. bahawa itu semua adalah untuk kebaikan diri kita sendiri........"

MENDER kebaikan pada diri sendiri ni..?!

kebaikan pada diri.. biasa kita ucapkan atau mungkin dengar.. "bhw semua itu dibuat untuk kebaikan diri kita...." persoalannya sekarang "Apa dia kebaikan pada diri kita itu?".. apa landasan yang digunapakai untuk mengukur.. bahawa itu baik untuk kita..?

kalau soalan itu ditanyakan semuula kepada manusia "wahai manusia, apakah kebiakan yang kau maksudkan itu?"...

kalau di jawab dengan hati yang TELUS, mesti dia akan jawab "entah!?.. aku pun tak tahu...?". jadi.. kalau itulah jawapan kita manusia majoritinya.. satu soalan lagi kita tanyakan dalam diri kita ... "untuk apa kebaikan itu pada diri kita...?"

kalau ditanya gunafungsinya kebaikan itu pada diri kita, MUNGKIN ada yang dapat menjawabnya dan ada yang masih belum dapat menjawabnya......

yang dapat menjawabnya, satu soalan yang perlu anda tanyakan; 1) apakah itu jawapanya?; 2) apakah anda puashati dengan jawapan yang anda berikan itu?

yang belum mendapat jawapan, ada beberapa jalan2 yang boleh kita terokai untuk merungkai keajaiban perkara ini.. PENTING untuk kita ingat bahawa kebaikan itu sendiri mendukung sifat NIKMAT HAKIKI.. saya tidak akan berbicara tentang nikmat hakiki ini kerana ianya akan datang sendiri bila anda sudah SELALU merasa dan mengecap Nikmat yang sementara itu sendiri.........

banyak nikmat sementara yang sering kita lalui dan rasakan; 1) apa nikmat gula? manis.. ; 2)apa nikmatnya ayam KFC..? Fuh! sedap sehingga menjilat jari (walau kdg2 jari dijilat bukan kerana sedap.. tetapi kerana panasssss) dan macam2 lagilah...

ambil satu contoh dekat.. nikmat sementara itu tadi iaitu gula. gula nikmat sementaranya adalah RASA MANIS, yang sifat nikmat sementara itu ada di RASA. di manakah letaknya ras itu? di hujung lidah. soalanya sekarang di mana manis itu? manis itulah NIKMAT HAKIKINYA, kerana sifatnya yang unggul iaitu "tidak dapat digambarkan oleh kata2 dan tidak terlukis sifat manisnya..."

soalan baru timbul.. siapakah yang memberi NIKMAT MANIS itu? kalau anda menjawab ALLAH.. bagaimana mungkin anda mengiyakan sesuatu yang anda tidak tahu apa yang anda lafazkan dari hujung lidah yang tidak bertulang itu...? fikir semula.. yang anda lafazkan itu adakah ianya ilmu? akal? atau nafsu semata-mata?

cubalah anda rilek, tenang, baring2, sambil mencari jawapan terhadap jawapan yang anda lafazkan sehingga bertemu titik NOKTAHNYA berdasarkan ilmu, dan pemerhatian yang telah anda asah sedari dulu....

tapi JANGAN LUPA, mohon pertolongan dari ALlah...

aku nak pi tidur dah ni.............. jom tidurrrrrr.....

salam... sayang untuk semua..
jaga diri, jaga peribadi.. jaga solat.. jaga solat.. jaga solat...
tq babai...

2 komen:

Adinda Puteri Ezza berkata...

Salam Abang Akhieyey...

Terima kasih atas entri yang sangat berguna ini. Ia mendorong Ezza untuk berfikir dan memuhasabah diri. Terima kasih juga atas nasihat-nasihat berguna yang sering abang berikan. Ezza gembira mengenali abang.

Diharap agar segala kebaikan yang kita lakukan sama ada disedari ataupun tidak, mendapat keberkatan/keredhaanNya.

akhiey berkata...

thx adinda ezza.. kita amal untuk dekat diri kepada Pencipta, bukan untuk disanjung2 di dunia yang penuh dengan fatamorgana ni... ROCK!!! air tinggal 4 botol lagi... thx.. for the water.. kalau ezza jampi2 lagi ckit mesti lagu umph!!