08 Disember 2008

8 disember 2008 / 10 zulhijjah 1429H


salam kepada yang melawati blog ini. hari ini hari raya qurban, hari raya haji, hari raya aidiladha, hari raya iduladha.... dan pelbagai nama2 yang lain..


hari ini juga aku konti tengahari.. aku tgh fikir nak rock ker.. nak nasyid..? rock ker.. nasyid? jadi aku tlh memilih untuk.. memutarkan lagu2 yang BERBUNYILAH.. seawal 10am tadi semua nasyid.. jadi aku ingat nak buat nasyid rock lah... payah sangat nak fikir.... pagi tadi dj zee (puteri bollywood) bersama pendengarnya dari 5.45am hingga 10am.. tq my prend.. pas ni.. boleh pegi berayer.. rumah bakal MERTUA... boleh?!! aku duty hingga pukul 3pm nanti.. pastu nak pegi beraya rumah makcik yang sedari dahulu lagi dia menjemput ke rumahnya beraya (sejak raya aidilfitri yang lalu).. kalau takder hal.. hari ni aku nak gi saner ngan famili gua yang ROCKKK!!!!!...

eh! citer2 pasal raya ni.. kan.. pagi tadi lepas subuh, lepas baca apa yang perlu di baca.. aku trylah menghayati... pengorbanan nabi ibrahim... dan anaknya ismail... melalui mimpi...
... masa tu.. aku tgh dibawa di satu padang pasir yang luas.... seluas mata memandang.. pastu aku tgk di sana ada sebuah rumah.. kecil.. satu2nya rumah di situlah... masa tu.. susah sikit nak bergerak, gerak dah laju.. tapi tetap lambat juga.. sbb angin kuat.. debu banyak... dah nak sampai... dekat rumah.. tu.. sakali tuan tanah panggil sarapan.. dah... jadi aku bangkit mcm tulah... citer takder ber'ending'..


raya ni.. org panggil raya qurban.. sempena pengorbanan nabi ibrahim terhadap anaknya nabi ismail.. atas perintah Allah di suruh ibrahim menyembelih ismail anak tunggalnya itu... sejarahnya, masa tu.. ibrahim memang nak sangat anak.. antara perkara2 mustahil untuk dia mendapat anak.. Siti Hajar ibu kepada Nabi Ismail, adalah seorang tua yang sudah putus haid.. tapi dengan izin Allah segala2nya tiada yang mustahil bagi Allah...

maka lahirlah ismail.. pastu.. bila dah besar2 ckit.. turunlah plak ayat quran.. yang suruh nabi ibrahim sembelih anaknya... masa tulah.. peranan syaitan bukan alang kepalang dahsyatnya.. menggoda ibrahim... antara katanya 'tidakkah menyembelih anak itu adalah pekerjaan gila?', 'ismail itu masih kecil lagi.. belum tahu apa2.. kasihanilah dia...' (itu ustaz yang citerlah.. aku ingat jer..).. sampai tiga kali digoda. tapi nabi ibrahim melontar syaitan itu dengan batu2 kecik.. di tiga tempat... itu yang menjadi salah satu kerja tuan2 dan puan2 haji itu ialah melontar (jamrah) di tiga tempat.. aqabah, wusta dan ula...

masa ismail bagi tahu.. ngan ibrahim.. laksanakanlah perintah Allah, sesungguhnya engkau mendapati aku dalam golongan orang2 yang bersabar.. pastu sampailah masa untuk nabi ismail disembelih.. pastu nabi ismail bagi tahu ngan nabi ibrahim.. tajamkanlah senjata mu, tutuplah matamu dan sembelihlah aku.. maka nabi ibrahim dengan penuh berat hati dan redha.. menyembelih anaknya dengan lafaz kalimah lafdzul jalalah.. maka tersemburlah darah.. (eeiiii takutttttt) maka puas bercampur sedihlah nabi ibrahim melaksanakan tugas yang Allah perintahkan.. dibuka matanya perlahan2 sambil melihat ke arah senjata pemotongnya itu.. ternyata berlaku kekuasaan Allah.. nabi ismail telah ditukarkan ke seekor kibas yang didatangkan dari syurga.... mengikut cerita tok2 guru aku dulu.. masa pisau tu letak di leher nabi ismail.. masa tulah Allah dengan kuasanya.. menukarkan ismail dengan kibas...
maka takjub lah ibrahim.. sambil melihat di kiri, kanan dan belakangnya.. ternyata nabi ismail berada di belakang bapanya sambil memegang bahu bapanya.. nabi ibrahim begitu gembira.. dan kedua2nya pun bergembira dengan cara mereka bertakbir, bertahmid dan berzikir.. seperti yang kita laungkan pada saat ini (ustaz boleh rujuk aper2 hal eh..)...


dah habis citer... satu jer.. yang aku dapat simpulkan pasal citer ni ialah.. YAKINLAH dan BERSERAHDIRI kepada ALLAH bila kebenaran itu ada di hadapan. tugas kita ialah melaksanakan kebenaran.. selebihnya Allah akan melindungi kita dengan KUASANYA YANG MAHA AGUNG. cumanya kita TIDAK YAKIN. buktinya... berapa ramai orang yang tahu mati itu adlah nyata tapi masih TIDAK SEMBAHYANG. Ramai orang lebih mempercayai makhluk daripada Allah. Sehingga berani kita menyatakan '... kalau tidak itu.. kalau tidak ini.. tidak akan sembuh... penyakit.. ini..'.. INGAT! kita ni hanya org yang ditugaskan untuk menyampaikan kebaikan, bukan yang membuat kebaikan.. kerana kebaikan itu semua dari Allah... sebagai ganjaran kita menyampaikan apa yang Allah perintahkan, maka diberiNya lah kita pahala yang sudah pasti... rajin kita mendekatkan diri kepada Allah.. maka dijanjikan dengan janji yang pasti, syurga yang dibawanya mengalir sungai2... tapi ada juga yang tidak menghiraukan segala pemberiaan Allah.. mereka terus beribadat dengan sesungguhnya.. tanpa mengharap syurga dan pahala.. (wah! pelik sunggh orang ini...)

kalau begitu apa yang mereka inginkan.. beribadah kepada Allah tidak kira masa... apa yang diaorang mahu ini, bila ditanya pahala kah yang dikejar.. dia orang ckp 'bukan...', bila ditanya bidadari kah yang mereka idamkan, mereka jawab 'bukan itu...' last bila ditanya... syurga Allah yang di'giur'kan.. mereka jawab 'bukan itu semua...'

jadi kalau bukan itu semua.. lo kok ibadahnya untuk opo..?! .... (tahu...? tak tahu...!!!!??)...
baring2, rilek, pi tgk burung, pi tgk bukit, pi tgk sungai, pi tgk rambut, pi tgk gigi... lama2 ada tu jawapannya......


jgnlh kita taksub pada makhluk.. tapi hormatlah ia kerana ilmunya.. tapi lebih hormatlah anda kepada org yang mursyid dengan amalnya... walaupun orangnya pelik...

dah habis... buat setakat.. salam iduladha.. salam qurban dan kim salam yang terkurban di atas jalan raya.. muahahahah...

jaga diri, jaga peribadi..jaga solat... jaga solat..jaga solat...salamu 'alaikum...

p/s: MAKCIK!!!! nantikan kehadiran ku.. akan ku habiskan BURAS mu... WaahhhH!!!!!!

2 komen:

Puteri Ezza berkata...

Assalamu'alaikum bang.

Ezza datang mau minta buras. Hehe.

akhiey berkata...

nak buras? alamak.. dah habis... makcik tu dengan penuh gumbira bertandan-tandang buras.. macam pisang.. thx makcik.. nanti gua serbu lagi datang ngan member2 rock!!! ezza ROCK!!!! salamzsssss